Pada 15 September 2022, Sekolah Kebangsaan Saint Alphonsus telah mengadakan majlis sambutan hari Malaysia sempena bulan kemerdekaan peringkat sekolah. Sambutan tersebut dijalankan di dewan sekolah yang telah dimeriahkan oleh staf sekolah dan juga para pelajar. Guru besar sekolah telah menyempurkan sambutan tersebut dengan melakukan gimik perasmian yang disaksikan oleh warga SKSA. Beberapa acara pertandingan yang telah dipertandingkan pada hari berkenaan. Antaranya ialah pertandingan nyanyian lagu patriotik, sajak dan pakaian kebangsaan yang disertai oleh beberapa orang pelajar.
No comments:
Post a Comment