Pada 17 & 18 Ogos 2022, Sekolah Kebangsaan Saint Alphonsus telah menganjurkan karnival anti dadah dan keselamatan peringkat sekolah. Pegawai PDRM dari IPD Julau dan pegawai daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan Bintangor telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar sekolah khususnya bagi membuka mata dan minda mereka mengenai kes-kes buli serta pendedahan berkaitan dadah secara lebih terperinci.
Karnival yang berlangsung sepanjang dua hari tersebut dimeriahkan lagi dengan pelbagai pertandingan menarik seperti deklamasi sajak, melukis poster dan hadiah turut diberikan kepada para pemenang.
No comments:
Post a Comment