Monday, February 28, 2022

LATAR BELAKANG SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT ALPHONSUS


Saint Alphonsus Mission School  telah ditubuhkan pada tahun 1936 adalah ilham seorang mubaligh kristian yang bernama Reverend Father Gerald. Reverend Father Leo Barry dengan bantuan beberapa paderi mubaligh kristian yang lain telah memainkan peranan yang penting didalam memastikan sekolah ini didirikan berdekatan dengan Pekan Julau. 

      Saint Alphonsus Mission School telah ditukar nama kepada Sekolah Rendah Bantuan Saint Alphonsus dan sekarang menjadi Sekolah Kebangsaan Saint Alphonus(M).  Semasa perang dunia kedua pada 1942 sekolah ini ditutup sementara dan dibuka semula pada tahun 1946.

      Objektif penubuhan sekolah ini pada awalnya adalah untuk memudahkan penyebaran agama kristian Roman Katolik dan tanggungjawab sosial mubaligh-mubaligh kristian pada masa itu dengan memberikan pendidikan kepada masyarakat setempat. 


No comments:

Post a Comment

Sambutan Hari Kanak-kanak dan Warga Emas Sedunia

  Sambutan hari kanak-kanak dan warga emas peringkat sekolah telah disambut pada 14 Oktober 2022 di dewan sekolah. Beberapa orang pesara yan...