Sambutan hari kanak-kanak dan warga emas peringkat sekolah telah disambut pada 14 Oktober 2022 di dewan sekolah. Beberapa orang pesara yang juga bekas warga sekolah telah datang memeriahkan lagi sambutan ini bagi memberi penghargaan kepada mereka selaku warga emas. Sambutan ini turut diwarnakan lagi dengan persembahan kanak-kanak yang berlakon sebagai warga emas yang semestinya memeriahkan lagi suasana sambutan tersebut. Pada akhir sambutan ini, dimeriahkan lagi dengan sesi jamuan kepada para pelajar selaku kanak-kanak yang diraikan pada hari tersebut.